I-hya Ramadan santuni golongan memerlukan

Annuar menunjukkan butiran program I-hya Ramadan sewaktu rakaman siaran langsung di Facebook rasminya hari ini.
Annuar menunjukkan butiran program I-hya Ramadan sewaktu rakaman siaran langsung di Facebook rasminya hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Badan korporat dan swasta yang ingin menyumbang juadah berbuka puasa masih boleh meneruskan hasrat menerusi inisiatif program I-hya Ramadan yang dilaksanakan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, YWP membuka peluang kepada mana-mana pihak yang ingin melakukan sumbangan pada bulan Ramadan ini dengan menyediakan pakej hidangan makanan bernilai RM10 bagi seorang.

"Jumlah minimum bagi sumbangan ini adalah 20 orang dan program ini akan mula dilancarkan pada 22 April ini menerusi laman sesawang YWP.

"Mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang YWP bagi melakukan sumbangan," katanya menerusi rakaman secara langsung di Facebook rasminya di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai inisiatif itu, Annuar berkata, terdapat tiga kaedah sumbangan yang disediakan kepada orang ramai.

Katanya, pihak yang ingin menyumbang boleh melakukannya menerusi pakej tunai, pakej sumbangan atau pakej pilihan penyumbang sendiri.

"Ini adalah cara berbeza kita bawakan untuk menyantuni golongan memerlukan pada bulan Ramadan ini khususnya dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!