KPM ucap takziah pada keluarga warga politeknik

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) mengucapkan takziah kepada keluaga mangsa warga Politeknik Sandakan, Sabah yang terkorban dalam nahas jalan raya, petang semalam.

KPM dalam kenyataan medianya berkata, pengurusan Politeknik Sandakan telah menghubungi ahli keluarga kesemua mangsa yang terlibat dalam tragedi itu dan sedang menghulurkan segala bantuan untuk mereka.

Menurut kenyataan itu, KPM rasa sedih dan duka dengan pemergian lima orang yang merupakan kakitangan Politeknik Sandakan dan ahli keluarga kakitangan dalam kemalangan yang melibatkan sebuah bas politeknik itu di Kota Marudu.

“Seluruh warga KPM terutama warga Politeknik dan Kolej Komuniti KPM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan ini.

“Semoga mereka menghadapi dugaan ini dengan tapah. Pada masa sama, kami berdoa agar mereka yang cedera akan sembuh dengan segera,” kata kenyataan itu, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lima maut kemalangan di Jalan Marak-Parak Kota Marudu]

Dalam kejadian itu, lima mangsa yang terkorban adalah pensyarah, Annie Gideon, Suzannie Stphen Galaut dan Esther Michelle Anak Gunben.

Dua lagi yang terkorban adalah suami kepada Ketua Jabatan Pengajian Am, Mohd Khaizuzafarin Bedalib dan anak kakitangan, Abdul Fattah Salehhudin, berusia dua tahun manakala 12 lagi masih dirawat di hospital.

KPM berkata, bas milik politeknik itu membawa 40 penumpang di mana 20 daripadanya merupakan kakitangan pusat pengajian terbabit.

Artikel Berkaitan:


“Bas itu dalam perjalanan dari Sandakan ke Kudat dan merupakan salah satu daripada tiga buah bas yang bergerak seawal jam 8 pagi semalam dari Politeknik Sandakan untuk mengambil bahagian dalam satu program yang diadakan di Kudat.

Dua lagi bas adalah bas yang disewa.“Kebanyakan mangsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Ranau dan Kota Marudu,” katanya.

Dalam pada itu, KPM mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan keperluan mangsa kejadian termasuk polis dan hospital.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!