Lelaki diberkas baling barang dari tingkat empat

Paparan Facebook Patrick Tan menarik perhatian ramai.
Paparan Facebook Patrick Tan menarik perhatian ramai.
A
A
A

SINGAPURA - Seorang lelaki berusia 49 tahun diberkas polis berhubung satu kes tindakan melulu di Blok 102 Yishun Avenue 5, di sini.

Pihak berkuasa menerima laporan orang ramai berhubung kejadian itu pada jam 7.15 pagi hari ini dan siasatan sedang dijalankan, lapor Mediacorp.

Sebelum ini, tular di laman sosial seorang lelaki hilang kawalan apabila membaling kerusi dari tingkat empat sebuah bangunan di sini.

Rakaman video durasi 2 minit 24 saat dimuat naik di Facebook Patrick Tan menunjukkan lelaki tidak berbaju melontarkan pelbagai barangan dari tingkat empat bangunan berkenaan dan membuat isyarat tangan kepada mereka yang lalu di bawah.

Orang awam yang berada di situ memberi amaran kepada yang lain agar menjauhi kawasan tersebut kerana bimbang ditimpa kemalangan.

Selain video itu, Patrick juga menunjukkan keadaan selepas insiden berlaku dan antara barang yang ditemui seperti baldi, kerusi plastik dan botol bersepah di pejalan kaki.

Netizen yang menonton video itu rata-rata terkejut melihat tindakan lelaki itu dan membuat andaian dia dipercayai mengalami tekanan kerana tiada wang semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Mungkin sekolah dah tutup, tak boleh berniaga, tiada sumber pendapatan, tiada wang untuk bayar duit sewa," kata Linda Heng.

Artikel Berkaitan:

Kata Emerlyn Lo, "Kawasan itu tidak jauh dari rumahnya, bangunan itu kebanyakan ada pejabat dan pusat tuisyen."

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!