Kastam pantau penghantar makanan bawa rokok seludup

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia memberi amaran kepada pekerja penghantar makanan supaya tidak terlibat dengan pengedaran rokok seludup.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pemantauan dan pemeriksaan ke atas semua penghantar makanan di seluruh negara kini dilakukan bagi mengesan kegiatan pengedaran rokok seludup.

"Mengedar rokok seludup satu kesalahan berat. Jika tertangkap, barang akan dirampas dan kenderaan juga disita.

"Siasatan juga dijalankan bagi mengesan sumber rokok terbabit diperoleh dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Abdul Latif Abdul Kadir. - Foto Asril Aswandi Shukor
Abdul Latif Abdul Kadir. - Foto Asril Aswandi Shukor

Terdahulu, tular di media sosial Facebook rakaman video memaparkan seorang pekerja penghantar makanan yang dipercayai membawa rokok seludup untuk dihantar kepada pembeli ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti individu terbabit dan tindakan lanjut akan dilaksanakan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!