40 minit tahan sakit jari tersepit mesin tebu

 Bomba menjalankan operasi mengeluarkan empat jari mangsa yang tersepit pada mesin tebu. - Foto JBPM Perak
Bomba menjalankan operasi mengeluarkan empat jari mangsa yang tersepit pada mesin tebu. - Foto JBPM Perak
A
A
A

TAIPING - Seorang wanita terpaksa menahan sakit lebih 40 minit selepas empat jari kanannya tersepit pada mesin tebu dalam kejadian di Jalan Kampung Bukit Cempedak, Bukit Gantang di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Nur Ain Abd Halim, 30, sedang mencuci mesin sebelum digunakan memproses tebu untuk hidangan keluarga.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, sepasukan sembilan anggota diketuai Mohd Sharif Aziz bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.16 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian mendapati empat jari tangan kanan mangsa tersepit pada mesin tebu tersebut.

Bomba menggunakan ‘power saw’ untuk memotong besi bagi mengeluarkan jari mangsa yang tersepit pada mesin tebu. - Foto JBPM Perak
Bomba menggunakan ‘power saw’ untuk memotong besi bagi mengeluarkan jari mangsa yang tersepit pada mesin tebu. - Foto JBPM Perak

“Anggota bertindak menggunakan ‘power saw’ untuk memotong besi dan meleraikan komponen mesin bagi mengeluarkan jari mangsa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, operasi mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan jari mangsa sebelum diserahkan kepada kakitangan perubatan.

“Mangsa dalam keadaan stabil meskipun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!