Ditemui mati dalam bilik

Mayat mangsa ditemui terbaring di atas katil di dalam rumahnya.
Mayat mangsa ditemui terbaring di atas katil di dalam rumahnya.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Seorang lelaki warga emas ditemui mati di dalam biliknya di Perumahan Awam 2, Slim River, malam semalam.

Mangsa, Chai Kim Fah, 77, ditemui terbaring tidak sedarkan diri oleh anggota bomba yang dipanggil bagi membuka kunci pintu rumahnya sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Mualim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River mengenai seorang lelaki tua terkunci di dalam rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Anggota bomba kemudian memecahkan pintu untuk memasuki ke rumah mangsa dan pegawai perubatan Hospital SIim River mengesahkan kematian lelaki terbabit.

"Anak mangsa hanya mendapat tahu kematian bapanya sekitar jam 8 malam dan memberitahu bapanya tiada sebarang penyakit kronik hanya sekadar kencing manis dan tekanan darah tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, anak mangsa kemudian pergi ke bilik mayat Hospital Slim River bagi pengecaman mayat sebelum mayat mangsa di bedah siasat.

"Punca kematian adalah di sebabkan Acute Coronary Syndromees dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!