Lapan pakar perubatan China akan ke Malaysia

Lapan pakar perubatan China yang dijangka datang Malaysia untuk membantu tangani wabak Covid-19.
Lapan pakar perubatan China yang dijangka datang Malaysia untuk membantu tangani wabak Covid-19.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Satu pasukan pakar perunding perubatan China akan datang ke Malaysia bagi membantu negara menangani wabak koronavirus (Covid-19).

Berdasarkan maklumat dimuat naik di laman Facebook rasmi Kedutaan China di Malaysia semalam, pasukan itu terdiri daripada lapan orang doktor dalam pelbagai bidang perubatan.

Turut dikongsi dalam hantaran itu juga ialah senarai nama-nama doktor beserta bidang kepakaran masing-masing.

Lima daripada lapan doktor itu terdiri daripada pakar perubatan di Hospital Awam Wilayah Guangdong iaitu Ketua Pakar Perubatan Bersekutu, Dr Wen Miaoyun; Professor Kejururawatan dan Pengarah Jabatan Kawalan Jangkitan Nosocomial, Dr Zhang Youping; Ketua Pakar Perubatan Bersekutu Jabatan Pernafasan dan Perubatan Kritikal, Dr Yang Shifang; Ketua Pakar Perubatan Bersekutu Jabatan Penyakit Berjangkit, Dr Luo Xiaodan dan Ahli Psikologi Kanan, Dr Liu Xiangxin.

Tiga lagi doktor ialah Ketua Pakar Perubatan dan Naib Presiden Hospital Perubatan Tradisional Cina Wilayah Guangdong, Dr Li Jun; Ketua Pakar Perubatan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Wilayah Guangdong, Dr Liu Tao dan Ketua Juruteknik Bersekutu Virologi dan Timbalan Pengarah Pejabat Kajian Am, Institut Kesihatan Awam Wilayah Guangdong, Dr Sun Jiufeng.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal menerima bantuan perkongsian pengalaman menangani Covid-19 daripada pasukan perubatan China.

Dr Noor Hisham berkata, mereka hanya berkongsi pengalaman bagi membantu menambah baik perkhidmatan KKM khususnya berkaitan Covid-19.

Pada 2 April lalu, Duta China di Malaysia, Bai Tian berkata, kerajaan China telah bersetuju menghantar sepasukan pakar perubatan dari negaranya ke Malaysia bagi membantu memerangi wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini pihak China turut menghulurkan bantuan kepakaran dan pengalaman kepada United Kingdom, Pakistan, Iran, Kemboja dan Itali.

Menurut Bai Tian, pasukan perubatan China yang akan datang ke Malaysia ini adalah terdiri daripada pakar terpilih dan mereka telah membuktikan keupayaan memerangi Covid-19 dengan berjaya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!