EPL liga terbaik dunia: Balotelli

Aksi Balotelli bersama Manchester City suatu ketika dahulu. -Foto goal.com
Aksi Balotelli bersama Manchester City suatu ketika dahulu. -Foto goal.com
A
A
A

BEKAS penyerang Manchester City dan Liverpool, Mario Balotelli menganggap saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai liga bola sepak terbaik di dunia.

Malah, penyerang Itali berusia 29 tahun itu juga secara terbuka mengakui mendapat kenangan istimewa ketika beraksi di pentas EPL suatu ketika dahulu.

“Saya hanya ada memori indah apabila beraksi dalam EPL. Saingan liga di Perancis (Ligue1) juga amat mencabar tetapi ia tidak sepertimana ketika anda beraksi dalam EPL.

“Saya selalu katakan saya gila tetapi sebenarnya tidak. Saya hanya (pemain) muda. Ketika anda berusia 16 atau 17 tahun, anda ingin melakukan perkara yang dilakukan oleh remaja berusia 16 atau 17 tahun - pergi ke kelab.

“Tetapi apabila anda seorang pemain bola, ada harapan yang diletakkan di bahu anda. Apa pun bagi saya, EPL adalah liga yang terbaik di dunia,” katanya.

Sepanjang menyarung jersi City pada 2010 hingga 2013, Balotelli berjaya menjaringkan 20 gol selain membantu skuad The Citizens menjulang trofi EPL serta Piala FA

Balotelli kemudiannya meledak 26 gol ketika mewakili gergasi Serie A, AC Milan pada musim 2013/2014. Namun, prestasinya merudum ketika bersama Liverpool pada 2014 hingga 2016 apabila hanya berjaya menjaringkan satu gol daripada 16 penampilannya bersama skuad The Reds itu.

Dalam pada itu, Balotelli yang sering dianggap sebagai pemain bermasalah dan 'besar kepala' turut menyifatkan kapten Barcelona, Lionel Messi sebagai pemain terbaik di dunia.

Artikel Berkaitan:

“Selepas Messi, (Zlatan) Ibrahimovic, kemudian (Andrea) Pirlo. Orang ramai (peminat) akan ‘bunuh’ saya kerana kenyataan ini tetapi bagi saya, mereka adalah tiga pemain terbaik yang pernah saya saksikan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!