Alasan mahu jumpa kawan, paling popular

Antara lokasi sekatan jalan raya (SJR) di sekitar daerah Kuala Langat sepanjang tempoh PKP
Antara lokasi sekatan jalan raya (SJR) di sekitar daerah Kuala Langat sepanjang tempoh PKP
A
A
A

KUALA LANGAT - Polis menahan 69 individu berusia 18 hingga 55 tahun yang memberi alasan mahu bertemu rakan ketika melalui sekatan jalan raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, alasan itu antara yang popular dalam kalangan penduduk di daerah itu ketika disoal polis dalam sekatan jalan raya.

Beliau berkata, tangkapan berkenaan termasuk 12 warga asing membabitkan Nepal, Indonesia dan Myanmar 4.

"Selain itu, sebanyak 30 kertas siasatan telah dibuka dan seramai 16 daripada mereka dituduh di mahkamah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, sepanjang rondaan dan sekatan ketika Op Covid-19 pelbagai alasan tidak munasabah diberikan termasuk menghantar barang.

Antara lokasi sekatan jalan raya (SJR) di sekitar daerah Kuala Langat sepanjang tempoh PKP
Antara lokasi sekatan jalan raya (SJR) di sekitar daerah Kuala Langat sepanjang tempoh PKP

Dalam pada itu, sepanjang PKP sehingga 14 April, pihaknya turut mengenakan kompaun RM1,000 ke atas 52 individu.

Tegas Azizan, masyarakat perlu berada di rumah dan hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar bagi mendapatkan barang keperluan harian.

Artikel Berkaitan:

"Polis komited memastikan masyarakat patuh arahan PKP dan tidak berkompromi dalam perkara ini. Tindakan tegas termasuk tangkap dan reman serta pertuduhan di mahkamah jika mereka ingkar," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!