'Mane pasti tinggalkan Liverpool'

Mane
Mane
A
A
A

BINTANG Liverpool, Sadio Mane diyakini tidak akan bertahan lama di Liverpool dan akan berpindah mencari pasukan baharu yang mampu memberikan cabaran untuknya mengembangkan karier.

Rakan sepasukannya dalam skuad Senegal, Keita Balde berkata, dia percaya Mane turut mempunyai keinginan untuk berpindah walaupun dia tidak menyatakan secara terbuka.

"Adakah dia akan bertahan? Itu bergantung kepada banyak perkara. Saya tidak tahu keputusannya pada ketika ini. Mungkin dia akan berubah fikiran dalam setahun atau dua tahun.

"Saya rasa dia tidak mahu selamanya berada di Liverpool. Dia seorang yang hebat, tahu apa yang perlu dilakukannya dan tidak mustahil dia akan berpindah ke kelab yang lebih bagus.

"Di sini (Liverpool) dia menjadi kesayangan semua orang kerana dia sudah memberikan banyak perkara yang baik untuk pasukan," katanya.

Masa depan Mane di Anfield sedang hangat diperkatakan ketika ini dengan gergasi Sepanyol, Real Madrid bersedia membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan bintang Senegal itu.

Bagaimanapun, Liverpool menegaskan tidak mahu menjual Mane sehingga kontrak pemain itu tamat pada 2023.

Balde turut berkata, pasukan yang mahu mendapatkan Mane perlu memberikan tawaran yang mampu membuatkan pemain berusia 28 tahun itu berpaling dari Anfield.

Artikel Berkaitan:

"Perlu ada sesuatu yang sangat menarik agar dia mahu meninggalkan Liverpool. Pasukan besar akan datang dan akan membuatkannya berfikir dua kali untuk menerimanya," katanya.

Mane menyertai Liverpool pada 2016 dan berjaya menjaringkan 77 gol daripada 161 penampilannya selain turut memenangi trofi Liga Juara-Juara, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!