Melepak, bersembang kosong macam tak buat salah!

Sekatan jalan raya yang dijalankan dengan bantuan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan Che Lijah di sini, semalam. - Foto ihsan FB IPD Dungun
Sekatan jalan raya yang dijalankan dengan bantuan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan Che Lijah di sini, semalam. - Foto ihsan FB IPD Dungun
A
A
A

DUNGUN - Polis Dungun menahan 40 individu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga dilaksanakan kerana melakukan aktiviti yang tidak munasabah dalam tempoh ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, masih ada yang keluar melepak dan bersembang kosong di kawasan awam di sekitar daerah ini dan mereka dilihat tidak bimbang menjalankan aktiviti sosial di tempat terbuka.

"Ketika disoal siasat mereka hanya memberi jawapan hendak 'menyelamatkan' diri semata-mata.

"Majoriti yang ditahan sedang berkumpul di tempat awam atau di rumah persendirian dengan memberi alasan untuk berbual dan menghisap rokok," katanya.

Menurutnya, polis mendapati mereka gagal memberi alasan munasabah malah ada di antaranya yang ditahan lebih tiga kali sehari konon hendak membeli makanan dan barang keperluan.

Anggota IPD Dungun dibantu anggota daripada ATM sedang membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang melalui sekatan di Jalan Raja Wali, di sini, semalam. - Foto ihsan FB IPD Dungun
Anggota IPD Dungun dibantu anggota daripada ATM sedang membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang melalui sekatan di Jalan Raja Wali, di sini, semalam. - Foto ihsan FB IPD Dungun

"Ada juga yang sengaja mahu membeli makanan dan barang keperluan di lokasi yang lebih daripada 10 kilometer (km) dari rumah sedangkan kedai makan atau pasar raya ada berhampiran.

"Polis perlu lebih tegas pada fasa ketiga dan mereka yang tiada alasan kukuh akan diarahkan berpatah balik ke rumah kita banyak memberi kelonggaran dengan membenarkan mereka pergi tetapi bersyarat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan:

Baharudin berkata, pihaknya turut mendapati ramai yang memilih untuk keluar pada jam 3 hingga 6 petang atau malam kerana menganggap waktu tersebut adalah 'selamat' daripada pihak berkuasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!