Selangor laksana saringan Covid-19 pandu lalu

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor melaksanakan saringan koronavirus (Covid-19) berkonsepkan pandu lalu bermula hari ini dan esok bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor Seksyen 7.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kaedah itu sebagai salah satu inisiatif menggempur wabak Covid-19 secara habis-habisan.

Menurutnya, saringan ini dijalankan melalui Selcare dan diadakan secara dua sesi.

"Saringan ini disediakan secara percuma untuk warga emas dan mereka yang mempunyai simptom Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran mulai Jumaat ini: MB Selangor

"Saringan ini akan diadakan bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 6 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, 8 April lalu, kerajaan Selangor mengumumkan akan melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas penduduk negeri ini melibatkan beberapa lokaliti yang telah dikenal pasti bermula Jumaat.

Amirudin berkata, kerajaan negeri membuat keputusan bagi melakukan ujian saringan itu secara besar-besaran susulan daripada peningkatan jumlah kes Covid-19 di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kerajaan negeri mensasarkan sekitar 1,000 hingga 1,200 orang penduduk di negeri akan melakukan ujian saringan terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!