Tiada keistimewaan pihak tertentu dapatkan pengecualian PKP

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak untuk mendapatkan pengecualian semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Abdul Hamid berkata, kebenaran atau sebarang pengecualian hanyalah diberikannya kepada kes membabitkan kebajikan golongan orang kurang upaya (OKU) dan pesakit.

"Saya tidak pernah dihubungi oleh sesiapa untuk mendapatkan keistimewaan bagi melakukan sebarang perjalanan tidak wajar dalam tempoh PKP ini berkuat kuasa.

"Segala peraturan yang terkandung di dalam PKP ini mestilah dipatuhi oleh semua pihak," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, tular status yang dimuat naik seorang wanita menerusi akuan Twitter miliknya yang mendakwa menggunakan 'cable' atau kenalan Ketua Polis Negara dalam usahanya melakukan pergerakan ke Kuantan, Pahang.

Selepas mendapat kritikan netizen, wanita berkenaan bertindak memadamkan akaun media sosialnya, namun beberapa tangkap layar status berkenaan masih tular di media sosial.

Status yang dimuat naik seorang wanita tular di laman sosial.
Status yang dimuat naik seorang wanita tular di laman sosial.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!