Polis Perak akan rakam percakapan Timbalan Menteri 1

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan polis sudah menerima laporan berkaitan kes yang tular itu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan polis sudah menerima laporan berkaitan kes yang tular itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali bagi membantu siasatan berhubung isu tular mengenai kehadirannya pada majlis di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, Perak, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, berdasarkan siasatan awal, timbalan menteri terbabit sebelum itu meninjau persiapan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Lenggong atas kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

"Beliau diiringi sebahagian Exco negeri Perak, termasuk salah seorang pemilik sebuah maahad tahfiz.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima laporan VIP langgar PKP: Ismail Sabri

Pemimpin UMNO kecam Timbalan Menteri tidak patuh PKP

"Exco yang juga pemilik maahad tahfiz itu kemudian membawa timbalan menteri berkenaan melawat maahad tahfiznya sebelum satu majlis makan diadakan oleh pengurusan maahad berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Razarudin berkata, mungkin kerana pihak pengurusan sudah menyediakan jamuan makan, maka timbalan menteri itu tidak menolak untuk menyertai majlis itu.

"Bagaimanapun berdasarkan gambar majlis makan yang tular di laman sosial, kesemua hadirin termasuk timbalan menteri berkenaan didapati duduk dalam keadaan berjarak antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun siasatan tetap akan dilakukan terhadap kesemua individu yang menghadiri majlis berkenaan," katanya.

Razarudin memaklumkan pihaknya masih lagi melengkapkan siasatan termasuk memanggil kesemua yang terbabit dalam masa terdekat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!