'Jangankan laptop, pensil pun ada yang tiada'
JAWA TIMUR - Seorang guru sanggup pergi ke rumah murid-muridnya bagi mengelak mereka tercicir dalam pelajaran.
Kisah Avan Fathurrahman, 39, dari sekolah Negeri Batuputih Laok 3, Sumenep, Madura, Jawa Timur tular di laman sosial.
Beliau berkongsi aktiviti itu di Facebook dan telah melakukannya lebih dari sebulan semasa wabak koronavirus (Covid-19) melanda negara itu.
Meskipun kerajaan menyarankan para guru menggunakan teknologi dan pembelajaran dalam talian, Avan berkata, beliau ada sebab tersendiri.
"Ia tak semudah itu. Tak semua pelajar ada kemudahan seperti laptop (komputer riba) dan data bagi mengakses internet. Jangankan laptop, pensil pun ada yang tiada.
"Saya tak mahu bebankan keluarga mereka untuk beli laptop sebaliknya saya menyantuni mereka di rumah. Saya akan pergi rumah ke rumah walaupun kedudukan rumah mereka jauh. Kebanyakan keluarga anak murid saya mengalami masalah ekonomi dan bukan orang kaya," katanya kepada Kompas News.
Beliau juga mengambil langkah selamat bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) ketika berkunjung ke rumah muridnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!