Cikgu Mie redah hutan guna kapcai agih bantuan orang asli

Cikgu Mie agih bantuan kepada Orang Asli.
Cikgu Mie agih bantuan kepada Orang Asli.
A
A
A

PEKAN - Hanya menggunakan motosikal jenama Honda kapcai, seorang guru sanggup meredah perkampungan orang asli sejauh sehingga 30km bagi menghulurkan bantuan keperluan asas.

Tidak kenal erti penat, Mohamad Sahaimi Zainal atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mie, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Simpai Pekan, Pahang memulakan agihan itu seminggu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana.

Guru Pendidikan Moral dan Seni Visual itu menggunakan gajinya membantu lebih 100 keluarga di beberapa kampung antaranya Kampung Simpai, Kampung Jenit, Kampung Lubuk Batu, Kampung Terubing, Kampung Kalon, Kampung Padang, Kampung Kelepong, Kampung Sungun dan Kampung Sawah Batu.

Katanya, perkara utama yang mendorongnya membantu penduduk orang asli terbabit kerana nilai kemanusiaan selain menganggap keluarga anak muridnya sebagai keluarga sendiri.

Cikgu Mie agih bantuan kepada Orang Asli walau terpaksa redah hutan.
Cikgu Mie agih bantuan kepada Orang Asli walau terpaksa redah hutan.

"Sebagai guru saya akan berusaha membantu kerana saya tahu situasi mereka. Saya juga dibantu isteri dan anak-anak untuk membungkus barang-barang," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia menggunakan motosikal kerana laluan untuk menghantar barang sempit dan dikelilingi hutan belukar.

Berasal dari Kampung Ubai dan kini menetap di kg Kota Perdana, buat masa ini semua bantuan dilakukan sendirian kerana mahu mengelakkan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan:

"Saya hanya membantu mereka yang betul-betul memerlukan dan terputus bekalan.

"Asalnya memang mahu bersedekah tetapi Alhamdulillah sekarang ramai yang menghulurkan sumbangan untuk disampaikan kepada mereka," katanya.

Cikgu Mie agih bantuan kepada Orang Asli menggunakan motor kapcai sahaja.
Cikgu Mie agih bantuan kepada Orang Asli menggunakan motor kapcai sahaja.

Tambahnya, dia akan ke beberapa kampung yang perlu melalui sungai dan menggunakan bot esok untuk mengagihkan bantuan.

Sebelum ini tular di laman sosial, seorang guru sanggup menggunakan motosikal kapcai untuk mengagihkan bantuan di perkampungan orang asli.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!