Lelaki maut digilis lori

Anggota bomba membantu mengalihkan mayat mangsa.
Anggota bomba membantu mengalihkan mayat mangsa.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki maut dipercayai digilis lori selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 267.4 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan susur keluar Ainsdale awal pagi tadi.

Menurut Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan, Mohd Syazwan Saidy berkata, mangsa, J Alferd, 40, yang dipercayai dilanggar lari disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.18 pagi dan sampai di lokasi kejadian jam 2.37 pagi bersama tiga jentera motosikal Rapid Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban 2.

"Setibanya di lokasi, pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah tidak bernyawa akibat kecederaan parah dipercayai digilis lori.

"Kita membantu pihak trafik mengalihkan mayat mangsa termasuk serpihan daging dan organ mayat yang hancur akibat diseret sejauh 200 meter dari tempat kemalangan sebelum membantu membersihkan jalan raya yang dipenuhi darah," katanya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!