Bandar Australia paling panas di bumi
SYDNEY - AUSTRALIA. Beberapa bandar Australia direkodkan sebagai antara tempat paling panas di bumi pada minggu ini selepas gelombang panas melampau melanda tenggara benua itu.
Biro Meteorologi pada Rabu memaklumkan empat hari lalu adalah rekod top 10 paling panas di negara itu dengan suhu mencecah hampir 50 darjah Celsius di beberapa lokasi.
"Dengan keadaan suhu sekarang, ia telah meletakkan wilayah ini sebagai salah satu bahagian paling panas di dunia," kata ahli meteorologi kanan biro itu, Philip Perkins.
Antara bandar yang mencatatkan suhu paling panas, semalam adalah Tarcoola di wilayah utara yang mencecah 49 darjah Celsius manakala bandar Pelabuhan Augusta merekodkan 48.9 darjah Celsius. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!