Zimbabwe rai kemerdekaan ke-40 ketika lockdown

Sambutan ulang tahun ke-40 kemerdekaan Zimbabwe diadakan ketika negara di dalam perintah lockdown.
Sambutan ulang tahun ke-40 kemerdekaan Zimbabwe diadakan ketika negara di dalam perintah lockdown.
A
A
A

HARARE - Sambutan ulang tahun ke-40 kemerdekaan Zimbabwe diadakan ketika negara di dalam perintah lockdown, lapor agensi berita Anadolu.

Bendera mahupun papan iklan mengenai kemerdekaan tidak terdapat di lebuh raya utama.

Lockdown di Zimbabwe memasuki hari ke-20, lebih 2,000 orang sudah menjalani saringan Covid-19 dan 24 kes disahkan, tiga kematian dan dua pesakit sembuh.

“Tahun ini, kita merancang untuk mengadakan sambutan besar-besaran di wilayah Bulawayo,” kata Presiden Emmerson Mnangagwa dalam ucapannya yang disiarkan televisyen negara.

"Namun, pandemik Cvid-19 ia terpaksa dibatalkan. Walaupun kita terpisah secara fizikal, semangat kita tetap bersatu. Masa untuk kita raikan bersama-sama akan tiba."

Masih tidak dapat dipastikan sama ada Mnangagwa akan melanjutkan lockdown walaupun pakar perubatan mengesyorkan ia dilanjutkan selama beberapa minggu lagi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!