Kebenaran khas nikah dalam tempoh PKP

Carta alir proses kebenaran melaksanakan akad nikah sepanjang tempoh PKP di Selangor.
Carta alir proses kebenaran melaksanakan akad nikah sepanjang tempoh PKP di Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Pasangan yang mahu meneruskan pernikahan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di negeri ini boleh mendapatkan kebenaran khas melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

JAIS dalam kenyataannya hari ini memaklumkan terdapat lima langkah yang perlu dilakukan oleh pasangan yang mahu meneruskan pernikahan mereka ketika tempoh PKP ini.

Menurutnya, permohonan kebenaran khas itu akan dibuka mulai esok dan pemohon boleh berhubung dengan pegawai JAIS pada hari dan waktu bekerja bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

"Pemohon perlu mengemukakan dokumen pasangan lengkap. Pegawai JAIS akan menghubungi pasangan bagi memaklumkan tarikh pernikahan yang akan dijalankan secara sidang video," kata kenyataan itu.

Selain itu, kenyataan itu memberitahu pemohon perlu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah bagi mengemukakan Slip Perakuan Nikah Sementara bagi mendapatkan Surat Perakuan Nikah Negeri Selangor selepas PKP berakhir

"JAIS akan memuat naik nombor pegawai yang boleh dihubungi berkaitan permohonan ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!