Hikmah Covid-19, peninju Jerman peluk Islam

Hantaran foto Wilhelm Ott bersama Al-Quran yang dihadiahkan kepadanya dan juga video dia mengucap dua kalimah syahadah
Hantaran foto Wilhelm Ott bersama Al-Quran yang dihadiahkan kepadanya dan juga video dia mengucap dua kalimah syahadah
A
A
A

JERMAN- Seorang bintang mempertahankan diri campuran (MMA), Wilhelm Ott mengucap dua kalimah syahadah menerusi satu hantaran video pada Instagram miliknya.

Turut tertera kapsyen pada hantaran tersebut, Wilhelm mengatakan bahawa penularan wabak Covid-19 memberikan ruang untuk dirinya beristirahat dan mencari kembali pegangan agamanya.

“Islam telah berada di dalam diri saya sejak beberapa tahun lalu, namun saya tidak dapat berbuat apa-apa dan membiarkan diri saya terpengaruh secara politik,” tulisnya.

Dia juga berkata, Islam memberikan dia kekuatan apabila menghadapi waktu yang sukar.

“Kini iman saya benar-benar kuat sehingga saya dapat mengenali satu-satunya Tuhan yang benar.

“Dengan berbangga saya berkata ya, saya adalah seorang Muslim,” jelasnya.

Bintang MMA itu menerusi satu hantaran lain menunjukkan dirinya juga turut menerima sejadah dan Al-Quran daripada rakannya.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua orang. Anda memberikan saya kekuatan dan menguatkan lagi keyakinan saya pada ALLAH SWT,” katanya pada kapsyen hantaran tersebut.

Artikel Berkaitan:

Wilhelm Ott merupakan bintang MMA dan mempunyai seramai 16,200 pengikut di laman Instagram miliknya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!