KKMM nafi dua berita palsu

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengesahkan dua berita yang tular di media sosial membabitkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah palsu.

Pasukan Respon Pantas KKMM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menafikan dakwaan bahawa wang yang tidak dituntut oleh penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa pertama kerana tidak mempunyai akaun bank akan terbatal sekiranya bantuan tersebut dituntut pada fasa kedua.

LHDNM menjelaskan bahawa penerima berkenaan boleh menuntut bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 April sehingga 31 Disember 2020.

Dalam pada itu, Universiti Utara Malaysia (UUM) menafikan pihaknya mengeluarkan hebahan meminta maklumat peribadi pelajar bagi urusan BPN.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!