Lelaki hilang terjun jambatan

Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan sebelum disambung esok.
Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan sebelum disambung esok.
A
A
A

TELUK INTAN - Seorang lelaki hilang selepas terjun ke dalam sungai di Jambatan Sultan Yusuf di sini hari ini.

Tindakan mangsa berusia 37 tahun itu disedari orang ramai selepas menemui beberapa barangan peribadi termasuk kad pengenalan diri berhampiran jambatan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd Azroisan Wahab berkata, panggilan kejadian itu diterima pada jam 9.28 pagi tadi.

Menurutnya, maklumat awal mendapati, mangsa warga tempatan dan masih bujang hilang sejak jam 12 malam.

"Operasi mencari dan menyelamat digerakkan 13 anggota dari BBP Teluk Intan dengan kawasan pencarian diperluas hingga empat kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

"Sehingga kini, belum ada sebarang tanda-tanda mangsa akan ditemui, hanya telefon bimbit, selipar dan dompet dipercayai milik mangsa ditemui di lokasi kejadian," katanya.

Katanya, operasi berkenaan turut dibantu anggota Pasukan Bomba Sukarela Teluk Intan, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Operasi terpaksa dihentikan kira-kira jam 6 petang ini atas faktor keselamatan dan disambung semula pagi esok," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!