Kes baharu Korea Selatan jatuh kepada satu digit

Kerja nyahkuman sedang dilakukan di Seoul. - Foto Al Jazeera
Kerja nyahkuman sedang dilakukan di Seoul. - Foto Al Jazeera
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan buat pertama kalinya mencatat angka satu digit apabila hanya merekod lapan kes baharu wabak pandemik Covid-19,

Negara itu sebelumnya mengalami saat getir mendepani wabak tersebut sejak pertengahan Februari lalu.

Menurut portal Al Jazeera, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in pada Ahad lalu berkata pihaknya berharap wabak Covid-19 dapat diatasi oleh semua negara di seluruh dunia.

Pada awal tahun ini, Korea Selatan merupakan negara yang mempunyai jumlah jangkitan terbesar di Asia tidak termasuk China namun diatasi oleh negara lain.

Korea Selatan kini mencatatkan jumlah kes sebanyak 10,661 kes dan seramai 8,042 daripada jumlah tersebut telah sembuh.

“Kerajaan bersedia dengan kehidupan seharian penduduk pasca Covid-19,” kata Jae-In.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!