KPM nafi beri geran AS$150,000
FAKTA
SHAH ALAM - Baru-baru ini tersebar mesej kononnya terdapat geran bernilai AS$150,000 diperuntukkan bagi membantu orang tua, pencen dan individu tidak bekerja, remaja serta orang kurang upaya.
Geran itu juga diperuntukkan untuk pembayaran bil, pemberian rumah, permulaan perniagaan, pembiayaan persekolahan dan bantuan membesarkan anak-anak.
Mesej itu dikatakan datang dari 'Facebook Messenger' Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin menggunakan akaun nama Amin Senin dan gambar beliau.
AUTA
Sementara itu, Ketua Pengarah Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dalam kenyataan hari ini menafikan mesej itu daripadanya kerana beliau tidak pernah membuka akaun sedemikian.
Menurutnya, mesej tular seperti yang disampaikan itu adalah tidak benar.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai mesej tersebut dan berharap netizen tidak menyebarkan maklumat palsu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!