Sah bergelar suami, Baim Wong mahu anak ramai

Pelakon, Baim Wong
Pelakon, Baim Wong
A
A
A
IMPIAN pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong akhirnya tercapai dengan menikahi wanita pilihan hatinya, Paula Verhoeven, baru-baru ini.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah diijabkabulkan pada Khamis lalu dan sah menjadi suami isteri hanya dengan sekali lafaz.

Difahamkan Paula menerima mas kahwin sebanyak 11 gram emas.

Cantik mengenakan busana tradisional Indonesia, merpati bak dua sejoli itu selamat disatukan dalam sebuah majlis sederhana yang berlangsung di The Tribata, Jakarta, Indonesia.

Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh kedua belah ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan selebriti lain.

Menariknya, usai sahaja majlis pernikahan tersebut Baim sempat berseloroh di hadapan semua tetamu yang hadir apabila ditanya mengenai cahaya mata.

“Saya tidak akan ternanti-nanti untuk mendapatkan cahaya mata. Sebaiknya mahu ada anak secepatnya.

“Mungkin merancang untuk memiliki dua ke tiga orang zuriat,” katanya sambil dipersetujui isteri di sampingnya.

Untuk rekod, Baim dan Paula telah mengikat tali pertunangan pada 21 Julai lalu di Balemong Resort, Semarang, Indonesia, tempat asal Paula sendiri.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!