Peniaga dikompaun tidak pamer tanda harga LPG

Pegawai Pejabat KPDNHEP Tanah Merah menjalankan pemeriksaan di sebuah premis di hari ini.
Pegawai Pejabat KPDNHEP Tanah Merah menjalankan pemeriksaan di sebuah premis di hari ini.
A
A
A

TANAH MERAH - Akibat gagal mempamerkan tanda harga pada Gas Petroleum Cecair (LPG) untuk jualan runcit, seorang peniaga di Jalan Ismail Petra dikompaun RM1,000 ketika pemeriksaan dijalankan penguat kuasa hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, pemeriksaan dilakukan berdasarkan aduan diterima pihaknya berhubung harga jualan gas memasak itu.

"Hasil pemeriksaan tiga pegawainya pada jam 11 pagi tadi mendapati pemilik premis gagal mempamerkan tanda harga dan menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Perintah Kawalan Harga (PHOPR) 1993.

“LPG adalah barang harga terkawal. Penandaan harga ini penting kerana pengguna boleh mengetahui harga yang ditawarkan.

"Mereka (pengguna) juga mudah mengesan perubahan harga sekiranya ada peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga terutamanya barangan yang terlibat dengan kawalan harga,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

insert tengah
insert tengah

Menurutnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mempamerkan tanda harga dan menjual barang kawalan melebihi harga kawalan ditetapkan.

"Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, KPDNHEP juga akan meningkatkan lagi pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Azizi berkata, sebanyak 657 pemeriksaan dilakukan ke atas premis selain menerima 18 jenis aduan diterima sepanjang PKP dan sehingga hari ini terdapat tiga tindakan kes di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Jumlah keseluruhan kes bagi tahun 2020 adalah sebanyak 57 kes dengan nilai sitaan RM80,108.08,” katanya.

Katanya, KPDNHEP Cawangan Tanah Merah juga berharap pengguna boleh menyalurkan maklumat atau aduan melalui talian hotline 1-800-886-800 atau e-aduan di http://e- aduan.kpdnhep.gov.my atau di mana-mana pejabat kementerian yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!