Ambil kesempatan!

Seorang pemandu lori membawa muatan ais ditahan selepas pemeriksaan menemui 23 botol plastik lut sinar berisi cecair disyaki air ketum dianggarkan sebanyak 34.5 liter.
Seorang pemandu lori membawa muatan ais ditahan selepas pemeriksaan menemui 23 botol plastik lut sinar berisi cecair disyaki air ketum dianggarkan sebanyak 34.5 liter.
A
A
A

KAMPAR - Seorang pemandu lori menggunakan alasan kebenaran bekerja bagi menjalankan aktiviti penjualan air ketum dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kegiatan lelaki berusia 35 tahun itu terbongkar selepas berjaya ditahan dalam satu pemeriksaan sekatan jalan raya sempena Ops Covid-19 di Kilometer 43 Jalan Ipoh-Teluk Intan berhampiran Mambang Diawan semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, tangkapan sekitar jam 2 petang itu dibuat ketika suspek sedang bekerja untuk menghantar ais.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas lori muatan ais dibawa menjumpai satu tong berwarna oren di dalamnya terdapat 23 botol plastik lut sinar berisi cecair disyaki air ketum dianggarkan sebanyak 34.5 liter.

Sebanyak 23 botol plastik lut sinar berisi cecair disyaki air ketum dianggarkan sebanyak 34.5 liter dirampas.
Sebanyak 23 botol plastik lut sinar berisi cecair disyaki air ketum dianggarkan sebanyak 34.5 liter dirampas.

"Pemeriksaan lanjut kemudiannya menjumpai satu surat kebenaran kerja dalam tempoh PKP atas nama suspek yang dikeluarkan oleh majikan.

"Lelaki itu mengaku mendapatkan bekalan air ketum itu untuk diminum sendiri dan dijual dengan harga RM12 sebotol," katanya.

Beliau berkata, suspek beralamat dari Taman Desa Pelancongan, Lahat tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Artikel Berkaitan:

"Ujian air kencing juga mendapati suspek negatif dadah, siasatan lanjut kini dibuat mengikut 30(3) Akta Racun 1952," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!