41 warga Myanmar sertai pesta air didenda RM1,000

Laporan Sinar Harian sebelum ini berhubung penahanan warga Myanmar yang disyaki terlibat pesta air di pekarangan sebuah asrama pekerja di Bandar Baru Salak Tinggi.
Laporan Sinar Harian sebelum ini berhubung penahanan warga Myanmar yang disyaki terlibat pesta air di pekarangan sebuah asrama pekerja di Bandar Baru Salak Tinggi.
A
A
A

SEPANG - Seramai 41 lelaki warga Myanmar yang terlibat dengan pesta air di Bandar Baru Salak Tinggi baru-baru ini didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majistret A Akhiruddin @ Boy Acho menjatuhkan hukuman tersebut selepas kesemua tertuduh yang berusia lingkungan 19 hingga 34 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa Myanmar.

Mahkamah juga memerintahkan mereka dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa berhimpun bagi maksud menjalankan aktiviti keagamaan iaitu pesta air Thingyan di dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai satu kawasan jangkitan iaitu Selangor.

Kesemua mereka yang merupakan pekerja kilang itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di kawasan asrama lelaki di sebuah kilang di sini antara jam 8.30 malam hingga 10 malam 12 April lalu.

Oleh itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 6 (1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman penjara atas alasan kesemua tertuduh berhimpun mengadakan pesta air dalam tempoh PKP dan tindakan mereka seolah-olah telah mencabar undang-undang negara ini.

Peguam G Rajasingam yang mewakili kesemua tertuduh, bagaimanapun merayu supaya anak guamnya dikenakan hukuman denda atas alasan mereka pekerja asing yang sah dan berasal dari keluarga yang susah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 62 lelaki Myanmar disyaki terlibat pesta air ditahan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!