Ribuan cacing besar muncul dari tanah
JAWA - Ribuan cacing yang muncul di permukaan tanah di pasar Gede Solo, Jawa Tengah menjadi bualan hangat sejak Sabtu lalu.
Peniaga dikenali Marsono mula menyedari kehadiran ribuan cacing itu di kawasan pasar kira-kira jam 5.30 pagi.
Katanya, cacing bersaiz besar itu memenuhi sekitar pasar dan jalan raya.
"Kalau dikumpul cacing itu, satu baldi boleh penuh malah lebih. Memang banyak.
"Jumlah cacing banyak hingga kami hilang selera makan. Kami pun tak tahu bagaimana boleh banyak sangat cacing di sini," katanya kepada Kompas.
Sementara itu, pakar alam sekitar Universiti Sebelas Maret Solo, Prabang Setyono berkata, kemunculan cacing itu disifatkan fenomena alam.
Malah beliau percaya, ia ada kaitan dengan letusan beberapa gunung berapi di negara itu.
Bagaimanapun pengkaji Zoologi Pusat Penyelidikan Ilmu Pengetahuan Indonesia, Hari Nughoro berpendapat, ia terjadi kerana perubahan cuaca.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!