Hans Issac bersenam, amal pemakanan sihat

Hans melakukan senaman di rumah sepanjang PKP selain mengamalkan pemakanan sihat. (FOTO: Instagram Hans Isaac)
Hans melakukan senaman di rumah sepanjang PKP selain mengamalkan pemakanan sihat. (FOTO: Instagram Hans Isaac)
A
A
A

AKTOR Datuk Hans Isac melakukan aktiviti bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Menurutnya, berat badannya turun sebanyak empat kilogram (kg) selama 28 hari berada di rumah dalam tempoh PKP.

“28 hari bersenam di rumah dan mengamalkan pemakanan sihat. Tak lupa minum air selalu.

“Dari 85kg turun ke 81kg. Target nak turun sampai 80kg,” katanya.

Hans berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Hans turut memuat naik fotonya yang sedang berpeluh seperti baru sahaja melakukan senaman.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang mengakui ia memberi aspirasi kepada mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat walaupun berada di rumah.

“Nice! I lost 3.5 kg jer selepas 28 hari. Harap habis puasa dapat turun 10 kg,” kata Mell_Mdnor.

Artikel Berkaitan:

Khai.herzuan pula berkata, “ Hebatlah Datuk. Teruskan @hansisaac.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!