Covid-19: Kes positif, kematian di Indonesia terus meningkat

Jumlah kematian akibat koronavirus (Covid-19) di Indonesia meningkat kepada 590 kes dengan lapan lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam- FOTO: Reuters
Jumlah kematian akibat koronavirus (Covid-19) di Indonesia meningkat kepada 590 kes dengan lapan lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam- FOTO: Reuters
A
A
A

JAKARTA - Jumlah kematian akibat koronavirus (Covid-19) di Indonesia meningkat kepada 590 kes dengan lapan lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, kes positif juga terus meningkat kepada 6,760 kes.

"Bagi tempoh jam 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, berlaku lapan lagi kematian dan kes positif baharu sebanyak 185 kes," katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 287 kes, diikuti Jawa Barat (62 kes), Jawa Timur (56) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!