Tangguh peperiksaan sekolah agama, maahad, Marsah

Sidang akhbar Pengumuman Penetapan Zakat Fitrah dan Pembayaran Zakat Fitrah Secara dalam talian di Pusat Islam Iskandar Johor di sini hari ini.
Sidang akhbar Pengumuman Penetapan Zakat Fitrah dan Pembayaran Zakat Fitrah Secara dalam talian di Pusat Islam Iskandar Johor di sini hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Semua jenis peperiksaan di sekolah agama, sekolah maahad dan Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) di seluruh Johor untuk tahun ini ditangguhkan ke tahun depan sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, penangguhan itu berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19) terutama dalam memastikan keselamatan pelajar, guru dan semua yang terlibat terjamin.

"Bagi sekolah agama kerajaan Johor, semua peperiksaan bermula dari Tahun Satu hingga Tahun Enam termasuk darjah khas ditangguhkan. Begitu juga kita mengambil langkah yang sama di sekolah maahad dan Marsah.

"Tarikh peperiksaan pada tahun depan akan diumumkan berkemungkinan selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Pengumuman Penetapan Zakat Fitrah dan Pembayaran Zakat Fitrah Secara dalam talian di Pusat Islam Iskandar Johor di sini hari ini.

Turut hadir, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Sementara itu beliau berkata, Johor tidak membenarkan nikah secara dalam talian seperti yang dibenarkan di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan ketika ini.

Menurutnya, terdapat kira-kira 800 pasangan yang sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) untuk bernikah ketika ini tetapi mereka dinasihatkan bersabar sehingga tempoh PKP berakhir.

Artikel Berkaitan:

Katanya, larangan untuk pasangan terbabit berkahwin bagi mengelakkan risiko Covid-19 tersebar selain mencegah daripada mudarat yang lebih besar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!