Bapa buat karipap gergasi saiz bayi
CORNWALL - Seorang bapa mencipta kelainan dengan memasak karipap gergasi bagi meraikan kelahiran anaknya yang diberi nama Jowan dua minggu lalu.
Menurut Metro.uk, Tim Fuge, 33, dari Liskeard, Cornwall England mengambil masa dua jam untuk menyiapkan karipap berinti hirisan daging, bawang dan kentang.
Bapa kepada tiga anak ini mencari resipi dan kaedah pembuatan karipap berkenaan di internet dan berjaya menghasilkan kuih seberat 2.8kilogram.
Kata Tim, cabaran paling sukar ketika menyiapkan kuih itu ialah mendapatkan dulang bersesuaian untuk saiz karipap berkenaan.
Tim yang bekerja sendiri berada di rumah dan meluangkan masa bersama anak-anak selepas kerajaan mengarahkan rakyatnya berada di rumah ketika wabak koronavirus (Covid-19) melanda dunia.
"Sebelum ini, saya tidak mempunyai masa untuk memasak dan kini berpeluang menghabiskan banyak masa dengan anak-anak.
Dalam pada itu, isterinya Jen, 32, bersama dua anak lelaki mereka Aiden dan Rory masing-masing berusia empat dan dua tahun begitu teruja melihat karipap saiz gergasi.
Tim sekeluarga berjaya menghabiskan karipap selepas 19 jam kemudian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!