Penuntut Perancis didenda RM500 tunjuk isyarat lucah

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Padah menunjukkan isyarat lucah terhadap polis, seorang wanita warga Perancis, didenda RM500 di Mahkamah Masjistret di sini hari ini.

Priscillia Miard, 31, didenda selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat minggu sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari tengah kepada seorang anggota polis di Balai Polis Travers.

Tertuduh yang juga seorang penuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi, di sini didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.30 tengah hari, Khamis lalu.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis dan boleh dihukum mengikut seksyen dan kanun yang sama, dengan memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam, Tan Kian Peng yang mewakili tertuduh memohon agar anak guamnya menerima hukuman ringan.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!