Kanggaru 'bersiar' di bandar Adelaide
ADELAIDE - Larangan keluar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan bandar Adelaide 'dilawati' seekor kangaru.
Haiwan itu dilihat berlari di bandar yang kini lenggang selepas masyarakat setempat hanya berada di rumah sepanjang masa.
Perkongsian tersebut dimuat naik di akaun Twitter ABC News berdurasi 50 saat sebelum tular di laman sosial.
Suasana itu jarang sekali dilihat, namun dalam keadaan ketika wabak koronavirus (Covid-19), netizen beranggapan ketiadaan orang ramai di bandar menarik perhatian haiwan itu untuk datang memenuhi kawasan berkenaan.
Begitu juga pendapat @peter, apabila menonton video tersebut.
"Biasanya jalan ini sibuk tapi kini lengang, kanggaru pula yang ada," katanya.
Kata @west, "Semasa saya masih kanak-kanak tinggal di Adelaide, kadang-kala akan nampak kanggaru berada di jalan. Kami menyukainya."
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!