Doktor lakukan senaman ringan gara-gara beratur panjang

Dr David Keegan melakukan senaman di luar pasar raya. - Foto: Twitter Dr David Keegan
Dr David Keegan melakukan senaman di luar pasar raya. - Foto: Twitter Dr David Keegan
A
A
A

CALGARY - Seorang doktor melakukan senaman ringan sebelum diikuti orang ramai berikutan menunggu 45 minit selain kesejukan ketika berada di luar sebuah pasar raya bagi membeli barang keperluan di Northwest Calgary, Kanada.

Dr David Keegan dari Newfoundland pada awalnya hanya melakukan senaman secara solo, tetapi lama kelamaan orang ramai yang beratur di situ menyertainya.

Beliau mengetuai senaman itu selama 20 minit berikutnya.

"Saya berdiri dalam barisan untuk masuk ke @costcocanada @costco dan agak sejuk, jadi mula melakukan senaman akhirnya saya memimpin mereka. #lineupworkout!." ciapnya di Twitter miliknya.

Menurut Daily Hive, beliau berasa teruja kerana ramai memberi sokongan dan mula sertainya.

"Mereka benar-benar bersenam, kami bosan dan sejuk, jadi untuk gembirakan hati dan panaskan badan, senaman adalah perkara terbaik.

"Saya bukan sahaja bimbing mereka tetapi juga berkongsi teknik bersenam yang betul." katanya.

Dalam pada itu, video berdurasi 22 saat dimuat naik di Twitter miliknya ditonton lebih 354,000 tontonan.

Artikel Berkaitan:

link Twitter----https://twitter.com/drDavidKeegan/status/1251210564631539712?s=09

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!