Pemuda ingatkan PH terus perjuang isu rakyat

Muhammad (empat, kanan) bersama sebahagian ahli Pemuda PH Jasin.
Muhammad (empat, kanan) bersama sebahagian ahli Pemuda PH Jasin.
A
A
A

JASIN - Kerajaan negeri diingatkan supaya terus memperjuangkan isu rakyat sebagaimana yang dilaungkan sebelum dan semasa PRU14.

Ketua Pemuda PH Jasin, Muhammad Ibn Kamal berkata, pihaknya mahukan fokus utama itu tidak tersasar dari matlamat sebenar dan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya terutama dalam hal meringankan beban rakyat.

"Kita perlu sedar rakyat meletakkan harapan kepada PH dan memberikan undi sehingga PH berjaya menjadi kerajaan dan menewaskan BN.

"Apa yang berlaku telah merubah corak landskap politik negara dengan mewujudkan Malaysia Baharu yang dapat menyemaikan kasih sayang, keamanan serta menjauhi politik kebencian," katanya.

Muhammad berkata demikian selepas pembentukan sayap pemuda gabungan empat parti komponen PH iaitu Bersatu, Amanah, DAP dan PKR.

Dalam pada itu, beliau berkata, penubuhan Pemuda PH Jasin berjaya mencatatkan sejarah tersendiri menerusi anak muda yang sayangkan keamanan dan perpaduan selain mendukung aspirasi kerajaan.

"Ia merupakan detik bersejarah dalam kalangan anak muda Melaka yang kembali tercorak.

"Namun kerajaan dan penggerak PH harus menjunjung amanah rakyat dengan sebaiknya dalam mentadbir negara selain semua pihak terutamanya kerajaan perlu memainkan peranan dan tanggungjawab kepada negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!