Tragedi tembakan: 16 maut termasuk pegawai polis di Kanada

RCMP bersedia untuk menangkap Wortman di stesen minyak. FOTO: Portal abcNews
RCMP bersedia untuk menangkap Wortman di stesen minyak. FOTO: Portal abcNews
A
A
A

NOVA SCOTIA - Seramai 16 individu termasuk seorang pegawai polis maut dalam satu kejadian tembak-menembak di wilayah itu semalam.

Polis berkata, insiden yang turut mengorbankan Konstabel Polis Diraja Kanada (RCMP), Heidi Stevenson itu merupakan yang terburuk dalam sejarah Kanada.

Menurut ABC News, jumlah korban tersebut disahkan oleh jurucakap RCMP kepada The Associated Press manakala seorang pegawai mengalami cedera ringan.

Polis berkata, suspek dipercayai melakukan jenayah itu secara bersendirian dan menyerang seluruh wilayah.

“Wortman dipercayai memakai seragam polis dan memandu kenderaan yang diubah suai untuk kelihatan seperti kenderaan polis,” tambahnya.

Ketika kejar-mengejar berlaku, Wortman dilihat memandu Chevy Tracker berwarna perak dan kemudian ditangkap di sebuah stesen minyak di Enfield, Nova Scotia.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengucapkan penghargaan kepada polis kerana bekerja keras menahan penjenayah itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!