Kenderaan WHO bawa sampel Covid-19 diserang

Hantaran Facebook United Nations Myanmar mengenai kejadian serangan.
Hantaran Facebook United Nations Myanmar mengenai kejadian serangan.
A
A
A

YANGON - Sebuah kenderaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membawa sampel koronavirus (Covid-19) diserang Tentera Arakan di Rakhine, Myanmar, lapor agensi berita Xinhua hari ini.

Memetik laporan media tempatan, kenderaan itu dalam perjalanan untuk menghantar sampel ke makmal di Yangon, diserang kumpulan bersenjata berhampiran jambatan Yarmaung di bandar Rakhine di Minbya petang semalam.

Pemandu kenderaan itu serta seorang petugas kesihatan turut cedera dalam kejadian berkenaan dan dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun, pemandu disahkan meninggal dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Myanmar menerusi status yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!