Mahdzir lepas jawatan Ketua Umno Terengganu
Mahdzir mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganum, hari ini.
A
A
A
Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada kepimpinan dari negeri itu yang akan menerajui Umno Terengganu bermula Januari tahun depan.
“Nama pengganti akan diumumkan dalam masa terdekat selepas surat pelantikan ditandatangani presiden parti,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat terakhir Umno Terengganu di Kem Seri Keluang di sini, tengah hari tadi.
Bagaimanapun, difahamkan seorang Ketua Bahagian yang pernah memegang jawatan penting di negeri ini bakal menggantikan tempat Mahdzir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!