Noh Omar kembali terajui UMNO Selangor

NOH
NOH
A
A
A

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar kembali menerajui kepimpinan UMNO Selangor apabila dilantik sebagai Pengerusi menggantikan Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan di akaun Facebook rasmi UMNO Selangor hari ini.

“Tahniah Tan Sri Noh Omar atas kembali memegang tampuk kepimpinan UMNO Negeri Selangor.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan atas jasa dan kepimpinan menerajui UMNO Selangor,” memetik kenyataan yang dimuat naik itu.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah di akaun Facebooknya memaklumkan jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor kekal disandang Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

MEGAT ZULKARNAIN
MEGAT ZULKARNAIN

Menurutnya, Mat Nadzari dan Megat Zulkarnain dikatakan bersetuju secara bertulis untuk mengembalikan jawatan masing-masing sebelum ini kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Keputusan itu dikatakan dibuat demi kekuatan UMNO Selangor.

Artikel Berkaitan:

“Jawatan Setiausaha Perhubungan, Bendahari dan Ketua Penerangan akan dilantik oleh Pengerusi Perhubungan,” menurut kenyataan itu.

Untuk rekod, Noh yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang pernah menyandang jawatan itu pada 2013 dan mengumum melepaskan jawatan pada 30 Jun 2018.

Jawatan berkenaan kemudian disandang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik buat sementara sebelum beliau mengumumkan melepaskan jawatan itu pada 1 April 2019, manakala Mat Nadzari yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor dilantik mengetuai kepimpinan UMNO negeri pada 5 Julai 2019 menggantikan kekosongan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!