Pelantikan Noh beri impak besar pada UMNO Selangor

Rizam memuat naik kenyataan di Facebook beliau malam tadi.
Rizam memuat naik kenyataan di Facebook beliau malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO Selangor yakin pelantikan Tan Sri Noh Omar sebagai Pengerusi UMNO Selangor baharu mampu memberikan impak besar kepada parti itu di negeri ini.

Ketuanya, Rizam Ismail dalam kenyataannya berkata, Noh diyakini mampu memperkukuh parti itu di negeri ini apatah lagi tugas sebagai peneraju UMNO Selangor merupakan tanggungjawab besar serta memerlukan semangat kental.

"Pemuda UMNO Selangor sangat yakin dengan lantikan ini akan memberikan impak besar dalam usaha kita memartabatkan semula perjuangan ikhlas demi agama, bangsa dan negara," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau malam tadi.

Justeru Rizam berkata, Pemuda UMNO Selangor akan memberi sokongan padu kepada Pengerusi UMNO Selangor merealisasikan impian setiap ahli akar umbi untuk terus bekerja kuat demi membela nasib rakyat dan memperkukuhkan parti itu pada masa depan.

"Semoga keikhlasan dan pengorbanan kita semua mendapat keberkatan daripada ALLAH," katanya.

Sebelum ini, Datuk Mat Nadzari Dahalan dan Timbalannya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dilaporkan bersetuju secara bertulis mengembalikan jawatan masing-masing kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu Ahmad Zahid melantik Noh sebagai Pengerusi UMNO negeri yang baharu dan mengekalkan Megat Zulkarnain sebagai Timbalan mulai hari ini.

Sementara itu, jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangan akan dilantik Pengerusi UMNO Selangor.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!