Dua kakitangan teknikal TNB cedera dalam kebakaran PMU Kangkar Tebrau

TNB akan memastikan kedua-dua kakitangan terbabit serta keluarga masing-masing mendapat sokongan sewajarnya.
TNB akan memastikan kedua-dua kakitangan terbabit serta keluarga masing-masing mendapat sokongan sewajarnya.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Dua kakitangan teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera dalam insiden kebakaran di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kangkar Tebrau di sini pada Jumaat.

TNB dalam kenyataan memaklumkan, kedua-dua kakitangan berkenaan sedang dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut kenyataan itu, pihak pengurusan TNB turut menghubungi keluarga masing-masing bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

“TNB akan memastikan kedua-dua kakitangan terbabit serta keluarga masing-masing mendapat sokongan sewajarnya.

“Ingatan dan doa kami bersama mereka dan keluarga, dengan harapan agar kedua-duanya diberikan kesembuhan segera,” menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!