Tiada lambakan hasil pertanian di Lojing
Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail
A
A
A
Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, pada awalnya memang masalah tersebut berlaku disebabkan faktor ketidakbolehpasaran.
Bagaimanapun, masalah itu kini sudah dibendung dengan bantuan pelbagai pihak.
"Sebelum ini, keadaan itu berlaku disebabkan isu Pasar Selayang dan sebagainya jadi peladang-peladang besar ini berdepan masalah pemasaran, namun sekarang, lambakan tersebut berjaya diatasi dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) dan jabatan-jabatan yang ada untuk membeli dan memasarkannya," katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco di JKR 10, di sini hari ini.
Dalam sidang media sama, beliau turut memaklumkan, kerajaan negeri menyediakan RM200,000 melalui Perbadanan Pertanian Negeri Kelantan untuk membantu penternak, petani dan peladang yang terjejas sepanjang PKP di negeri ini .
"Melalui Bantuan Sejahtera Tani itu, perbadanan akan membeli dan kita akan memasarkan ke tempat yang perlu bagi membantu mereka.
"Mereka juga akan dibantu dengan memberikan makanan kepada haiwan ternakan seperti arnab dan puyuh kerana ketika ini, kita dimakumkan perniagaan mereka agak terjejas," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!