Warong Digital e-Bazaar Ramadan bermula Jumaat ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh mula memesan juadah kegemaran mereka menerusi 'Warong Digital e-Bazaar Ramadan' dengan memuat turun aplikasi KiplePay pada Jumaat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kiple Pay, Kay Tan berkata, seiring dengan Ramadan pertama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, aplikasi ini menyediakan solusi untuk membantu masyarakat dengan menjalin kerjasama dengan peniaga tempatan di Semenanjung Malaysia.

"Walaupun tiada bazar Ramadan fizikal tahun ini, kami bekerjasama dengan Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) untuk terus membantu mereka untuk berniaga secara dalam talian dan menyara kehidupan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung GPPPKMM Zamri Mohamed berkata, jumlah peniaga berdaftar di platform ini hanya sekitar 25 peratus daripada peniaga bazar tempatan dan peratusan ini dijangka meningkat dengan ketara kepada minimum 50 peratus lagi dalam bentuk jumlah pendaftaran memandangkan terdapat lebih 20,000 peniaga yang berniaga di bazar. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!