Tarawih tanpa jemaah awam di dua masjid suci

No Image Caption
A
A
A

ANKARA - Raja Arab Saudi Salman bin Abdulaziz pada Rabu meluluskan solat tarawih di dua masjid suci diadakan tanpa kehadiran jemaah awam, dalam usaha untuk membendung Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut kenyataan Dewan Yang Dipertua Penjaga Dua Masjid Suci pada hari ini, tarawih mulai minggu ini di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dipendekkan dan tanpa kehadiran jemaah awam.

Pada Isnin, Ketua Pengarah dewan berkenaan berkata, tarawih hanya akan dilakukan bersama kakitangan dan itikaf juga dibatalkan.

Arab Saudi mencatatkan sejumlah 11,631 kes Covid-19 termasuk 109 kematian dan 1,640 pesakit pulih. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!