'Hari ni hari jadi mama, hari ni juga Cik B dapat berita abah meninggal dunia'

PEMPENGARUH media sosial, Cik B berkongsi berita duka mengenai bapanya iaitu Mohd Amin Yasin meninggal dunia pada Sabtu.
Menerusi hantaran di Threads, Cik B berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaannya memandangkan hari ini juga merupakan ulang tahun kelahiran ibunya iaitu usahawan, Datuk Seri Vida atau DSVX
“Hari ni hari jadi Mama, dan hari ni juga Cik B dapat berita yang Abah dah meninggal dunia. Sejujurnya saya tak tahu nak rasa apa.
“Hari yang sepatutnya dipenuhi dengan kebahagian, tapi saya dalam kesedihan. Al-fatihah,” tulisnya.
Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen turut berkongsi berita sedih itu menerusi Instastory miliknya.
Bagaimanapun tiada maklumat lebih lanjut mengenai pemergian arwah bapa Cik B. - Gempak
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
