Covid-19: Lebih 7,000 kematian dalam tempoh 24 jam di seluruh dunia
Ia pertambahan sekitar 7,000 kematian dalam tempoh 24 jam.
Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak empat negara mempunyai kes kematian melebihi 20,000.
Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang mempunyai angka korban tertinggi dengan 46,000 kematian.
Negara Uncle Sam itu merekodkan pertambahan 2,600 kematian dalam tempoh 24 jam.Ini diikuti Itali yang mencatatkan pertambahan 485 korban dengan jumlah keseluruhan melebihi 25,000 kematian.
Sepanyol pula menjadi negara ketiga paling teruk terjejas dengan pertambahan lebih 500 korban, menjadikan jumlah keseluruhan 21,700 kematian.
Perancis merekodkan pertambahan 640 kes korban menjadikan jumlah keseluruhan 21,300 kematian.
United Kingdom (UK) pula mencatatkan pertambahan 800 korban baharu menjadikan jumlah keseluruhan 18,000 kematian.
Kebanyakan negara Eropah yang terjejas teruk sejak sebulan lalu mula menunjukkan angka kematian yang semakin menurun dari hari ke hari.- AWANI
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!