Kes positif Covid-19 cecah 2.62 juta di seluruh dunia

KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 2.62 juta setakat awal pagi ini.
KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 2.62 juta setakat awal pagi ini.
A
A
A
KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 2.62 juta setakat awal pagi ini.

Data Johns Hopkins University menunjukkan pertambahan lebih 80,000 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Sepanyol kini menyertai Amerika Syarikat (AS) untuk berada dalam kelompok negara mempunyai kes positif melepasi angka 200,000 dengan peningkatan melebihi 4,000 kes baharu.

AS kekal negara paling teruk terjejas dengan mencatatkan lebih 839,000 kes, pertambahan lebih 25,000 kes baharu.

Sementara itu, Itali dan Perancis pula kini masing-masing mencatatkan 187,000 kes dan 159,000 kes secara keseluruhan.

Manakala Jerman dan United Kingdom (UK) mencatatkan angka positif melebihi 100,000 dengan 149,000 dan 134,000 kes baharu.

Dalam pada itu, Turki mempunyai kes positif sebanyak 98,000 dan dijangka melepasi angka 100,000 dalam beberapa hari lagi.

Jumlah pesakit Covid-19 yang telah sembuh daripada virus itu kini melebihi 706,000 di seluruh dunia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!